Thursday, February 28, 2013

gula gula gula uh lalaaaaaa



saya ambil ni dari facebook

dulu minum minuman ni tak pernah pun nak tahu kandungan gula dalam air ni, bila tengok je benda ni macam ya Allah, ni ke jumlah gula yang aku dok tonggang hari hari. tapi tu dulu dulu la, sekarang alhamdulillah dah tak minum dah air ni aka minuman ringan, minum air kotak pun dah sangat sangatttt jarang, kalau mak ayah bawak balik dari kenduri air ni, memang x sentuh pun, walaupun mak selalu lepas balik kenduri akan jerit "barang baik!!barang baik!!" sambil dok tayang kat adik beradik goodie bag yang mak dapat hasil tangkapan kenduri. tapi saya selalu tak ambil lah, yang selalu berebut ialah kakak dan adik saya. kahkahkahkah. dulu kalau minum coke alasan nya sebab nak buang angin, sbb lepas minum automatic akan burpp burppp 999x dan itu merupakan satu ehemm kepuasan bagi saya *alasannnnnn. sekarang betul betul dah kene stop. NO MORE, NO MORE!!! aippp boleh percaya ke ni kakakakakkaa =D inysaallah 
kalau mahu seribu daya , tak mahu seribu dalih ye dakkkk..

antara kesan buruk gula berlebihan dalam badan

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
3. Menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
4. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut
5. Penumbang utama masalah kegemukan
6. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
7. Meningkatkan risiko berlakunya kanser kolon iaitu usus besar
8. Meningkatkan paras adrenalin dalam kalangan kanak-kanak yang menyebabkan mereka menjadi    hiperaktif, gelisah dan nakal
9. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
10. Penyebab risiko darah beku dalam badan


tapi jangan tak ambil langsung gula yea, tu pun membahayakan juga. 
cuma jangan la diambil secara berlebihan =)



sekarang saya ada pakai satu skincare ni, baru seminggu. 
kesannya muka saya makin berminyak eeeeee geli dan menyebabkan wajah saya 
nampak makin kusam..hurmm..takpe lah saya tengok dalam sebulan, 
kalau sama juga, saya tukarrrrr NEXT..!!!!


Image Hosted At MyspaceGens


1 comment:

Anonymous said...

aiyak...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...