harini terasa macam nak post pasal ayam penyet, sebenarnya dah lama dah masak ayam penyet ni, cuma malas je nak update, hihihihi. ayam penyet sekarang dah menjadi pujaan hati ku serta ommak. sedapnya anomnomnomnom. paling suka sambal dia yang super pedas tu wahhh bikin berasap. kalau mcm warung depan hostel tu, dia bukan sahaje jual nasi putih ayam penyet, bahkan nasi goreng ayam penyet, harga pun giler murah rm4.50 je. hehe. harga ayam penyet yang biasa kat luar ya ampun mahal bebeno. bahan bahan dan cara cara agak banyak, tapi sebenarnye simple dan senang je. hehe. okay mari kite mulakan..............
BAHAN - BAHAN
Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
CARA - CARA
AYAM-Kisar semua bahan (kecuali minyak) sehingga halus
-Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam (kalau nak lagi sedap, boleh perap ayam semalaman)
-Goreng ayam denagn tepung beras sehingga garing
-Bahan yang telah dikisar juga boleh digunakan untuk menggoreng tauhu atau tempe (lumur tauhu dan tempe dan goreng)
SAMBAL
- Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan- Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan
- Masukkan kesemuanya dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus
- Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan panaskan
-masukkan gula merah dan garam mengikut citarasa
SUP- Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam
- Tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh terus masukkan sup bonjot jika ada)
- Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan
NASI
- Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.- Masukkan beras yang sudah ditoskan, Kacau lebih kurang 3-5 minit.
- Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub daging/ayam. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
- Pindah ke periuk nasi elektrik dan masak macam biasa
AND THE RESULT
sori ayam kecik hehe. takpe yang penting sedapppppppppppppp. anomnomnom. sampai sekarang mak masih lagi buat sambal ayam penyet tu makan dengan nasi biasa hari hari, makan bertambah tambah!
SELAMAT MENCUBA





2 comments:
mmm sedapnya... done follow - Noob
tau x mcm mana nk buat sambal merah and hitam yg selalu diorang hidang kat atas meja..kat restoran wong solo tu. Lezza suka gila, sedapnya lah
Post a Comment