Tuesday, May 22, 2012

sambal kentang yummy !!

semalam rasa rajin pulak nak masak walaupun aku masak mengambil masa selama 2jam . tak tahu la teman yea 2 jam tu normal ke x . muahahaha . mula mula nak masak sambal kentang je . aku dah lame dah cari resepi mendalah ni . haritu time dduk hostel . bibik cafe selalu jual mende ni . jadi gua pun teringin la nak buat . tapi xjadi ehek ehek ehek . takpe , tak jadi tak jadi pun yang penting sedap yea kawan kawan . sambung cerita tadi , yang memula nak masak sambal itu sahaja , tetapi si ommak suruh masak lauk lain terus , teruslah saya menjadi chef tidak bertaulah dan bermula sesi menjerit jerit di dalam rumah seperti "mak, camne nak basuh ikan ni" , "mak , letak ape dulu?" , "mak, bawang berapa biji" , "mak, cili berapa biji" dan etccccc



ini lah dia hasilnya

yang berwarna kemerahan sikit itulah sambal kentang hasil kegigihan ku menggoggle =P

nak tahu resepi?

ehek ehek ehek

BAHAN-BAHAN

1) kentang
2) ikan bilis
3) bawang besar
4) cili boh
5) gula
6) air asam jawa
7) garam

CARA-CARA

1) hiris kentang nipis nipis . goreng dan ketepikan .
2) goreng ikan bilis dan ketepikan .
3) tumis bawang besar
4) masukkan cili boh 
5) masukkan gula
6) masukkan air asam jawa
7) masukkan garam
8) masukkan kentang dan ikan biling yang telah digoreng tadi

SIAP !!

SELAMAT MENCUBA =B

Image Hosted At MyspaceGens


3 comments:

Farah Farhana said...

saya lapar. *muke sposen

fyra said...

datang lah rumah kite, kite masakkan untuk awak :)

Razf said...

sedap lah! pandai awk masak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...